Powered By Blogger

Wednesday, 29 February 2012

serabut la dengan kau ni..

kau  kenapa??aku dah cakap dah aku anggap kau macam kawan.. tak kan tak faham..cuma sahabat!! seriously,aku memang serabut la dengan kau. kau tak ada salah apa-apa.tapi tolang la faham ayat ni "aku anggap kau kawan aku.tak lebih daripada tu." tak payah la nak mesej-mesej aku salu..setiap 5 minit kau mesej. serabut la hidup aku..setakat nak tanya buat apa,busy ke,dah makan  and inform aku apa yang engkau tengah buat,bazir duit kau je.aku banyak benda nak buat la. kau buat macam ni,makin serabut otak aku. kalau nak call tu,aku dah angkat tu,cakap laa..kalau tak ada cerita,tak payah nak tanya soalan yang sama la..

aku minta tolong sangat dekat kau.tolong la jangan kacau aku kalau betul kau nak jadi kawan aku lagi.  kalau jadi kawan pun tak perlu nak mesej hari-hari.otak aku dah cukup serabut dah..kau tak payah la nak serabutkan otak aku lagi..pergi la cari someone yang boleh mesej kau 24jam..ala,bukan susah pun kau nak cari kan..rupa ada..ayat manis pun ada..sampai kau boleh tipu aku..releks la..aku tak marah pun. tapi akan dipertimbangkan untuk mengabaikan siapa kau. macam bodoh je aku percaya kat kau..

kalau kau terus macam ni kan..aku rasa,aku tukar nombor aku..senang kaann??aman!! tapi tak kan la aku nak korbankan duit rm10.oo disebabkan kau..untuk keamanan hidup aku,aku akan buat.. :P
experience is a good teacher to teach you to be success

Sunday, 19 February 2012

berubah la untuk diri sendiri

kenapa perlu tipu?? kalau betul kau belum berhenti,kenapa cakap dah berhenti??jujur je..skarang ni aku rasa malas nak layan kau. kalau kau tak boleh tinggalkan tabiat kau tu,kenapa tak jujur je..cakap je engkau tak boleh..kan senang..berubah untuk diri sendiri,jangan berhenti sebab orang lain..takde guna kau berhenti sebab orang lain,buang masa dan tenaga kau je..

kalau aku nak berubah pun aku berubah untuk diri aku..bagi aku,berubah untuk oran lain tu takkan bawak apa-apa makna dalam diri aku..berubah untuk Allah,berubah untuk kebaikan diri kau.kalau kau berubah untuk orang lain,kau mesti akan berubah ke perangai dulu bila orang tu dah takde..melainkan kau memang berubah untuk diri kau dan orang tu support kau..

malas nak bertekak dengan kau..nanti kau marah adik aku pulak..adik aku tak salah apa-apa.aku lagi kenal dia daripada kau..aku tak percayakan kau..kepercayaan aku dekat kau dah tak ada..kau tak boleh terima perangai aku,aku pun tak boleh nak terima perangai kau tu..

tolong jangan ganggu aku la..aku dah cakap,anggap kita macam dulu..lagipun,kita bukan couple..
aku perlukan kasih sayang Allah..kasih sayangNya melebihi segala-galanya..segala yang terjadi telah ditulis..

experience is a good teacher to teach you to be success

Saturday, 18 February 2012

tahniah sahabat!! :)

on facebook tadi nampak new feed kawan aku ni. "single" change to "in relationship". (aku pun tak tahu yang dia ni masih anggap aku kawan ke tak sebab da lam da tak mesej dia.) mesti partner dia tu baik macam dia..hehe
semoga berkekalan la hendaknye ye mr. add math..
saya di sini mendoakan yang terbaik untuk sahabat saya.. =)
jaga dia baik-baik dan pujuk dia kalau dia merajuk..jangan buat-buat tak tahu je..
experience is a good teacher to teach you to be success

Friday, 17 February 2012

memang awak tak faham,sebab awak tak fikir macam mana saya fikir!!

memang awak tak faham
sebab awak bukan kat tempat saya
memang saya tak bagi awak tolong saya
sebab tu hanya saya dengan Allah
kenapa saya perlu mengadu dengan awak??
sedangkan Allah tempat yang sepatutnya saya mengadu
memang saya dengan kisah silam saya
sebab kisah silam saya membuatkan saya berwaspada
sebab kisah silam saya membuatkan saya jangan mudah percaya dengan orang
sebab kisah silam saya mengingatkan saya jangan ulang kesilapan saya

biar Allah bantu saya
biar Allah bimbing saya
biar Allah tentukan..
biar Allah bagi petunjuk dekat saya..

awak minta penjelasan..
tapi,
awak tak terima jawapan kepada soalan awak..
kadang-kadang,sesuatu persoalan tiada jawapan..
biarkan persoalan itu sendiri.

biarkan saya dengan sejarah saya
biarkan saya dengan hal saya
biarkan saya asakan saya tak mengganggu hidup awak..
biarkan saya..


saya taknak bagi harapan yang pasti akan menjadikan saya seorang yang munafik jika saya tidak menunaikan janji itu.dosa saya terlalu banyak.

maafkan saya...sahabat adalah jalan terbaik..walaupun saya ni tak jadi yang terindah dalam hidup awak,tapi,awak tetap sahabat saya yang terbaik..friendship will never end..
experience is a good teacher to teach you to be success

aku masih mencari..




aku sedang mencari
terus mencari
mencari cinta Ilahi
berharap akan menemuinya

keseorangan
menyusuri haluan berliku
sekali-sekala merasa pasrah
akan pencarian tanpa penghujung

ketabahan membantu menempuh
halangan yang mendatang
keyakinan membuatku terus mencari
dosa lampau membuahkan kesedaran dalam diri

benih kesedaran bercambah menjadi sesalan
sesalan yang membawaku kejalan-Mu..
bantu aku mencari-Mu
mencintai -Mu
menyayangi-Mu
merindui-Mu

tanpa - Mu ya Allah,
aku hilang,
hilang dalam kerakusan dunia yang tiada henti

hanyut dibawa arus hasutan

lemas dipukul ombak nafsu


bantu aku Ya Allah,
bantu aku mencari- Mu
bantu aku  untuk menjalani hayatku
dengan ditemani oleh-Mu
experience is a good teacher to teach you to be success

Thursday, 16 February 2012

pintu hati aku masih tertutup untuk sesiapa..please understand me!!!!!!!!!

aku dah cuba bukak pintu hati aku untuk kau.tapi,macam mana aku nak bagitahu kau yang aku tak boleh bukak pintu aku untuk kau walaupun aku sayang kau..aku minta maaf.aku dah cuba.tapi aku tak ada rasa takut kehilangan kau.aku tahu,kalau aku bagitahu benda ni kau mesti ingat aku mainkan kau.kau memang baik,tapi aku tak boleh buka pintu hati aku.cinta aku hanya ALLAH..yang maha mencipta..mencipta aku.ya,aku tutup pintu hati aku untuk manusia biasa sebab cinta aku kepada ALLAH tidak sehebat sayang ALLAH KEPADA HAMBA-NYA..macam mana aku nak cinta manusia sedangkan cinta aku kepada Yang Maha Penyayang masih tak sempurna.hati aku tak tenang bila fikir benda ni.aku perlukan cinta Allah yang kekal abadi..

in order to love someone you must first be love yourself..so,i can't love someone because i'm not love myself with my soul..


 cinta ALLAH cinta hakiki..aku mesti kejar cinta tu..maaf,saya perlu berterus terang dengan awak.saya terpaksa tolak awak tak kira la awak nak cakap saya ni apa pun..saya mahukan cinta ALLAH


luahan hati daripada lubuk hati yang paling dalam..harap kau mengerti..
experience is a good teacher to teach you to be success

Open Cbox